Rabu, Oktober 1

Network Marketing Yg Sebenar - G2 Network

Sebut aje MLM atau Network Marketing mesti ramai yg pandang serong .
Ramai yg pandang sebelah je.

Industri Network Marketing telah memberi satu peluang yang luar biasa kepada sesiapa sahaja termasuk ANDA yang mahu mengubah kehidupan ke arah yang lebih berjaya.
Dari mereka yang hanya lulus sekolah rendah hingga yang bertaraf Profesor, dari yang hanya sebagai Mat Despatch hingga ke Ketua Pegawai Eksekutif syarikat gergasi, dari kalangan pelajar university, surirumah tangga sepenuh masa, penganggur dan warga negara asing juga telah berjaya. Malah berbagai peringkat umur dari remaja seawal 18 tahun hingga yang bergelar datuk atau nenek berusia 60 tahun juga telah berjaya dalan industri ini.

Ramai golongan berpendapatan tinggi yang mencari kebebasan masa dan kebebasan kewangan telah berjaya dalam industry Network Marketing ini. Mereka menggunakan kelebihan ilmu dan status membina rangkaian perniagaan. Terdapat ramai agen-agen jualan berbagai bidang lain yang telah beralih kepada industry ini kerana gaya hidup kebebasan kewangan, kebebasan masa untuk diri dan keluarga, pengiktirafan pencapaian dan kepimpinan, kepuasan membantu ramai orang mengubah diri ke arah kejayaan yang tidak terdapat dalam industri-industri lain, hanya terdapat di Network Marketing. Fakta dan kenyataan ini menyakinkan ANDA untuk bertindak bijak.

  Keadaan kos hidup yang tinggi pada masa kini, peningkatan harga barangan keperluan harian seperti makanan, rumah, kereta dan sebagainya serta pengangguran menjadikan industry Network Marketing@Multi Level Marketing sebagai pilihan ANDA untuk menambah pendapatan kerana ianya boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Syarikat Network Marketing juga menyediakan sistem pendidikan untuk usahawan baru mempelajari teknik perniagaan melalui kursus dan seminar percuma atau berbayar. Industri Network Marketing juga dikenali sebagai ‘people franchise’, dengan modal permulaan di dalam kemampuan orang ramai.
  ANDA golongan ORANG MUDA yang tersepit dengan berbagai HUTANG di permulaan kerjaya selepas tamat pengajian atau permulaan kehidupan berumah tangga perlu mengambil peluang dan kesempatan meningkatkan pendapatan dengan menceburkan diri secara PART TIME dahulu. Pendapatan tambahan melalui untung runcit jualan produk dan bonus kepimpinan pembinaan rangkaian boleh membantu meringankan beban HUTANG kereta, rumah, kad kredit, PTPTN dan pinjaman pribadi di bank.

Di dalam industry Network Marketing, ANDA perlu membina rangkaian perniagaan melalui proses penajaan. Anda perlu menjayakan rakan tajaan anda dengan memberikan segala sokongan dan bantuan yang diperlukan untuk permulaan membina rangkaian perniagaan mereka. Anda hanya boleh berjaya apabila rakan-rakan tajaan anda berjaya terlebih dahulu membina rangkaian perniagaan mereka. Maka ini sama sekali menyangkal persepsi bahawa orang bawah bekerja untuk orang atas dalam Network Marketing (M.L.M).

menarik bukan.. jom sertai kami di G2 NETWORK SDN BHD
bonus,income bulanan,untung runcit,segak bergaya,cantik menawan nak tahu lagi? cepat! cepat!
hubungi:
WhatsApp/ Wechat/ telegram/ sms
013-3092918 - Kak Sue

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin