Isnin, Mei 18

BELAJAR UBATI KEKECEWAAN...

Z U L V A . com - graphics and comment - friendster layout
Perasaan kecewa atau kesal pasti ada pada setiap orang. Bagi remaja, perasaan ini memang sudah sinonim. Masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah antara punca utama.
Kebiasaannya, apabila sudah terkena 'penyakit' kecewa, ramai yg sukar mengikisnya.
Berasa kecewa atau kesal adalah normal, malah anda boleh dikatakan 'tidak normal' jika tidak pernah berasa kecewa sepanjang hidup..!!

Walau bagaimanapun, jangan biarkan ia menguasai diri hingga mendorong anda bertindak di luar dugaan dan mengalami tekanan yg boleh merosakkan diri dan kerjaya.


Sebagai remaja, anda perlu mengharunginya dengan penuh kematangan.
Cuba belajar utk mengubati kekecewaan. Tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan kerana jika kita yakin dan terus bersemangat, pasti masih ada harapan utk masa hadapan..

Kat sini saya nak kongsi dengan kawan-kawan beberapa panduan utk buang rasa kecewa yg membelenggu kat dlm jiwa tu...

TERIMA KENYATAAN - Kita hanya mampu merancang, namun Tuhan Yang Esa menentukan segalanya. Sebagai manusia dan hambanya, kita tak boleh nak tentukan hidup kita kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan dari-NYA.. Apa yg boleh kita lakukan hanyalah berusaha utk ubah nasib hidup kita. Ada masa kita bernasib baik, ada masa jugak kita diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa antara ujian dan dugaan buat kita. Hadapinya dgn tenang dan redha, pasti ada hikmah di sebaliknya. Yang pasti, ia akan mengajar kita utk lebih berhati-hati dan menjadi lbh insaf..
  • BERFIKIR - Senaraikan pro dan kontra bila kita buat sesuatu keputusan supaya tak akan berasa terlalu kecewa bila berlaku sesuatu yg tak dijangka... Biarkan ia berlalu pergi sejauh yg mungkin, lama kelamaan kita dpt melupakannya dan mengatasinya dengan sendiri..
  • BERFIKIRAN POSITIF - Cuba kita kenang kembali peristiwa2 yg pernah dilalui, kerana kebahagiaan yg kita miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam kita sendiri.. memang sukar utk berfikiran positif bila berdepan dgn sesuatu tragedi. Jgn terlalu mengikut perasaan, sebaliknya, tumpukan kpd perkara positif yg pernah kita lakukan dlm hidup. Ia pasti byk membantu bila kita berdepan dgn rasa kecewa..
  • LUAHKANNYA - Bahaya jika kita suka memendam rasa kecewa, ia boleh memakan diri kita sendiri. Apa yg penting, kita mesti berkongsi rasa itu dgn menceritakannya pd orang yg rapat dgn kita, individu yg paling sesuai kita rasakan... Sedikit sebanyak rasa kecewa itu akan pudar..
  • BERI TUMPUAN PADA HIDUP - Terukan usaha utk capai matlamat yg diidamkan. Bila kita mempunyai fokus..segala cabaran dan rintangan pasti boleh dihadapi dgn mudah.. 'kacang jer'... Yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui jiwa kita hingga buatkan kita kecewa...
"SEMOGA TERUS MAJU DALAM HIDUP... JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN.."


-------------------------------------------------------------------------------------
Ingin tahu tentang produk hebat ini..?? Klik PAGES kt atas ye..
usana

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin