Isnin, Mei 18

CINTA.., UBAT ATAU RACUN JIWA..???

Rasa cinta pada seseorang adalah anugerah paliiinggg indah.. Memang sukar nak digambarkan dgn kata-kata.. Sungguh indah anugerah yg diberikan oleh-NYA.

Pernahkah anda rasa terlalu menyintai seseorang..?? Hinggakan anda rasa betapa terlalu indahnya hidup ini.

Dalam percintaan, takde sempadan utk kita menikmati perasaan itu. Baik cinta kepada keluarga, kepada kekasih atau cinta kepada ALLAH. Semuanya pasti menuntut sebuah pengorbanan.

Mungkin ada insan yg tak pernah jatuh cinta, dan tak pernah menikmati indahnya rasa di sebalik sebuah kata cinta..???
Bagi yg belum faham tentang apa maknanya cinta... berikut persoalan dan kenyataan yg mampu merungkai segalanya...



  • Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki..?? Cinta umpama kota kristal, indah dilihat tapi hakikatnya derita pada perasaan...
  • Ada orang pada mulanya malu utk jatuh cinta, tetapi, bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu hilang dgn sendirinya,.. dan terpaksa menerima kenyataan yg sebenarnya anda telah jatuh cinta...
  • Gerak-geri memberi pengertian kepada perasaan yg tidak terucap dek kata-kata.
  • Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya 'flashback'. Hati yg remuk kembali kukuh selagi ketenangan dapat dikecapi. Jiwa yg pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yg lama pasti kembali sembuh selagi iman terpahat di sanubari.
  • Cinta yg datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau jiwa di saat bayu berlagu riang, ketika itulah hadirnya cinta. Bila mata terlihat seseorang yg bakal mewarnai hidupnya.
  • Cinta bukan paksaan, ia lahir dari dua perasaan yg paling halus. Kehadirannya tak pernah diundang, perginya jua tiada siapa yg merelakan krn ia terlalu sukar utk dimengertikan.
  • Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
  • Cinta bukan mengajar kita menjadi lemah, tetapi mampu membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
  • Apakah cinta tu sebenarnya..?? Cuba katakan... tak lain dan tak bukan cinta ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.
  • Cetusan cinta pertama adalah suatu getaran yg sangat menggoncang jiwa.
  • Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya perasaan kita menyintai seseorang, pada saat kita sedang kehilangannya. Kadangkala kita menyedari betapa perlunya cinta dari seseorang pada saat kita amat memerlukannya.
  • Cinta yg lahir dari pandangan pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yg lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun, memang sukar utk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati...

"HAKIKATNYA PERASAAN SAYANG PERLUKAN PENGORBANAN, SEMOGA KITA KETEMUI CINTA YANG ABADI SAMPAI MATI..."


-------------------------------------------------------------------------------------
Nak tahu tentang kehebatan produk USANA..?? Klik sini...



2 ulasan:

Kakak berkata...

Rasa cinta sesuatu perasaan yang indah.Semoga bertemu cinta sejati yang membahagiakan di dunia dan di akhirat.

Sue berkata...

insya-allah dan moga jodoh kami sampai mati hendaknya, aminnnnnnn....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin