Rabu, Mei 20

KESETIAAN KUNCI HUBUNGAN KEKAL

Pernahkah anda berasa terlalu jauh dengan seseorang..??Bila timbul rasa sayu dan kerinduan yg mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkannya...
Host unlimited photos at slide.com for FREE!
Cuba bayangkan anda terpaksa bertugas berjauhan dengannya, ibarat dari selatan ke utara.. Terlalu terikat dengan komitmen, sedangkan pada masa yg sama perasaan rindu terhadap si dia meluap-luap, pasti hati tidak keruan dibuatnya... he he..

Percintaan jarak jauh kadangkala begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun, pasti timbul perasaan curiga terhadap pasangan sendiri kerana takut kasih sayang yg sedang disulam akan terhakis..

Pasti ada jalan utk memelihara dan mengekalkan cinta jarak jauh ini. Pelbagai perasaan yg merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila berada dalam situasi cinta sebegini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Kat bawah ni ada beberapa petua utk anda yg jalin cinta jarak jauh ini supaya anda boleh bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan cinta serta menyuburkan lagi kasih sayang supaya terus berpanjangan...


  • Percaya Pada Pasangan - Bila berjauhan dgn pasangan, kita mesti percaya pada si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.. Percayalah pd si dia yg dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu batu jaraknya... (susahkan..he he)
  • Setia Walaupun Jauh - Memang byk dugaan bila berjauhan. Ketika berjauhan, perasaan sunyi akan datang kerana orang yg selalu kita jumpa tiba-tiba kini jauh di mata.. Bila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati..[ni yg parah ni]...Tika inilah kawan jadi penyeri. Namun begitu, kawan hanyalah sekadar kawan. Ceria bersama kawan tak akan sama dgn ceria bila bersama dgn org tersayang. Di sini, pasti ramai yg kecundang. AWAS..!!! Ada yg menjalin hubungan dengan kawan sebab terasa kesunyian. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan bila dpt tahu anda yg tak setia..?? Adakah anda suka dan gembira jika dibuat demikian...???
  • Berjumpalah Walaupun Cuma Seketika - Jangan jadikan jauh sebagai alasan... Cinta perlukan pengorbanan dan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa utk berjumpa si dia. Paling tidak pun pasti ada cuti panjang yg menjelang.[jgn la tak berjumpa langsung] Sudah pasti rindu di hati semakin memberontak bila berjauhan. Jadi, bila ada kelapangan rancanglah utk berjumpa si dia. Ini akan mengeratkan lg hubungan dan dpt mengurangkan rasa rindu.
  • Tanyalah Khabar - Tiap malam sblm tidur, kalau boleh 'call'lah si dia. Buat secara selang-seli.Hari ini anda hubungi si dia, esok dia pula yg hubungi anda. Barulah sama-sama berasa susah dan senang. Janganlah harapkan si dia aje yg menelefon. Memang cinta perlukan komitmen, tapi ia akan jadi sukar bila sebelah pihak je yg berikan komitmen. Kesimpulannya, sama-samalah membantu dalam membina empayar percintaan ini... ha ha...
  • Sambut Hari Ulang Tahun Bersama - Sekiranya tak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Luangkan masa bersama utk seketika. Pasti dpt menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan hanya seketika, kenangan ketika berjumpa sambil menyambut hari ulang tahun sebegini pasti akan terpahat kukuh di lubuk sanubari... Mungkin anda akan tersenyum sendirian bila imbas kembali kenangan manis tu.
  • Jangan Jadikan Jarak Sebagai Pemusnah - Cinta jarak jauh ni memang sukar.Memang hati meronta bila perasaan rindu tu datang.. Bila duk sorang-sorang, pasti rasa rindu giler kat si dia kan..??? Tapi kena ingat, jangan jadikan jarak sbg pemusnah cinta. Jadikan ia sbg cabaran yg akan memberikan anda semangat utk meneruskan cinta itu. Apapun rintangan yg datang, jgn jadikan ia alasan dan penghalang. Tapi, jadikan ia sesuatu yg dpt menambahkan kasih sayang kita pd si dia.

Ramai yg tahu makna 'putus kasih'. Ada di kalangan kita yg pernah berpisah dan tak tahu apa yg perlu dilakukan waktu tu. Semuanya dirasakan seakan-akan hidup ni dh tak bermakna lg. Berjurai air mata dikeluarkan, [nasib baik tak banjir] dan pelbagai memori indah saat bersama hadir dlm minda waktu tu. Tapi, semuanya dh tak berguna lagi sebab dia bukan lg milik kita... ....huwaaa. ...

"JANGANLAH JALIN HUBUNGAN DENGAN RAKAN SENDIRI DISEBABKAN KESUNYIAN... BAHAYA TU.."


-----------------------------------------------------------------------------------
Masa utk iklan.... Nak tahu supplement apa yg tersenarai kt dalam buku ni..?? Klik sini...


comguide(f)

2 ulasan:

shazat berkata...

betul betul

Sue berkata...

he he.. memang betul kan!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin