Sabtu, Mei 9

Cinta Memang Sukar Diterjemah...Aduhhhh

Z U L V A . com - graphics and comment - friendster layout


Alam percintaan penuh keindahan utk mereka yang berjaya melakarnya hingga ke jinjang pelamin.

Erti cinta sukar diterjemahkan kerana ketentuan, jodoh mahupun takdir menjadi batas pada segala permulaan dan pengakhirannya.Bagi yang berjaya, pastinya merasakan hidup ini serba indah dan penuh makna, kerana telah melepasi pelbagai fasa dalam perhubungan mereka.

Kepada yang sering gagaldalam percintaan, tidak semestinya bakal menempuh kekecewaan semata-mata.Ada yang gagal di alam percintaan, namun berjaya di alam rumahtangga..Lagi bestkan..!!

Apapun, sesebuah rumahtangga yang kekal bahagia sudah pasti lahirnya kejujuran dan keikhlasan demi menzahirkan cintanya...


Begitupun, bagi yg masih tercari-cari erti cinta yg sebenar sudah tentu sukar menitinya jika tidak disusuli rasa percaya sepanjang menjalin persahabatan seterusnya mencipta kebahagiaan diingini..

Memang menyakitkan jika terluka dalam cinta. Namun, lebih memedihkan apabila si dia hanya mempermainkan perasaan kita semata-mata. Sakit,..pedih... dan sengsaranya.. hanya tuhan aje yg tahu..

Untuk itu, renungi dan hayati jika kita sudah mula percaya mengenai cinta...



  1. KEPADA YG MASIH SOLO - Cinta ibarat kupu-kupu.. Semakin dikejar, seakin ia menjauh. Tetapi, apabila kita biarkan ia terus terbang, ia akan muncul menghampiri kita di saat tidak diduga. Cinta mampu membahagiakan, tetapi sering pula ia menyakiti..Tetapi, cinta itu hanya istimewa apabila kita berikan cinta kepada seseorang yg benar-benar layak menerimanya..
  2. KEPADA YG RAGU2 DGN PERNIKAHAN - Cinta bukan mencari seseorang yang 'sempurna', tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan diri anda sempurna.
  3. KEPADA BUAYA DARAT - Jgn katakan 'Aku cinta padamu' bila anda tidak betul2 serius. Jgn bicarakan soal perasaan jika ia tdk benar2 wujud. Jgn anda sentuh hidup seseorg bila anda hanya berniat utk main-main dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg anda lakukan hanya satu pembohongan. Perkara paling kejam yg dilakukan adalah membuat seseorg jatuh cinta, sedangkan anda langsung tdk berniat utk menerima cinta saat ia 'terjatuh'..
  4. KEPADA YG PATAH HATI - Sakit...luka...hancur...patah hati..., bertahan selama anda menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam anda membiarkannya. Persoalannya, bkn bagaimana utk atasi rasa sakit itu, tetapi apa yg boleh diambil dan dihayati sbg pengajaran, pasti ada hikmah di sebalik yg terjadi...
  5. KEPADA YG BELUM PERNAH JATUH CINTA - Jatuhlah cinta, tetapi jgn sampai terjerumus. Biar selamba, tetapi stabil. Berkongsilah, tetapi jgn tdk adil. Cubalah utk memahami, tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa-apa. Bersedialah utk terluka dan menderita.. Tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar-benar dialami.
  6. KEPADA YG INGIN MENGUASAI - Anda patah hati melihat orang yg dicintai berbahagia dgn orang lain..., tetapi , akan lebih sakit lagi apabila mengetahui oang yg anda cintai ternyata tidak bahagia dgn anda...
  7. KEPADA YG TAKUT MENGAKUI - Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lbh sakit lg bila seseorang memutuskan hubungan dgn anda. Tetapi, cinta paling menyakitkan bila orang yg anda cintai langsung tdk mengetahui perasaan anda terhadapnya.
  8. KEPADA YG MASIH BERTAHAN MENCINTAI SESEORANG YG TELAH PERGI - Menyedihkan bila anda bertemu seseorang lalu jatuh cinta dan sukar digambarkan betapa indahnya perasaan itu sehingga tidak mampu terlafaz dengan kata-kata. Akhirnya baru disedari dia bkn jodoh anda dan anda sudah mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Jika skrg dia sudah tdk layak utk dicintai, 10 tahun akan datang pun dia tetap tidak akan layak utk dicintai. Biarkan dia pergi dan lupakan saja buat selama-lamanya... FOREVERRRR.....

Yang kekal hanyalah cinta pada-Nya...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin