Ahad, Mei 10

ELAK KAWAN JADI MUSUH

** Jika khuatir persahabatan yg dibina didatangi kebencian, segala pertimbangan harus berasaskan akal..**
Jauh di sudut hati, terasa betapa indah seandainya dia dipuja...

Z U L V A . com - graphics and comment - friendster layout

Namun, siapa yg dapat merasakan cuitan hati jika tidak terluah dek kata-kata..???
Masalahnya, mampukah ia terungkap jika orang yang diminati dan sering menjentik perasaan, bukanlah orang lain, sebaliknya... sahabat baik sendiri...!!!
Bertahun menjalin hubungan atas dasar sahabat sejati, rakan setia yg sanggup bersusah payah bersama-sama,... bergembira di saat anda mahu meluah segala suka duka...
Kini segalanya berubah.....
Jantung bagai disentap bila bertembung dengannya, bahkan... tiba-tiba membuatkan hati berdebar-debar dan jatuh cinta tanpa disedari... apabila perasaan itu muncul di celah persahabatan yg dijalin...
Jika dulu anda menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman paling setia mendengar masalah, kini lain pula situasinya..
Sahabat yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih yang istimewa....
Persoalannya,... adakah hubungan akan berjalan dengan lancar jika bercinta dengan sahabat sendiri...????
Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti anda...???
Adakah anda harus menyatakan perasaanitu terhadapnya..???
Apabila dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya sebelum sesuatu hubungan itu menjadi semakin bertambah intim...
Takut nanti,yang dikejar tak dapat.. yang dikendong berciciran....
Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam perhubungan.
Sekiranya khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan perasaan saling membenci, anda harus mempertimbangnya.. .dari segi pro dan kontranya....
--PRO--
  • Anda harus menyukai seluruh peribadinya. Juga perlu tahu perubahan hatinya, perkara yg membahagiakannya dan perkara yg perlu dihindari jika menjalin hubungan cinta dengannya.
  • Anda sanggup menempuh suka dan duka bersama tidak kira apa jua rintangan yg dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan sekadar teman biasa dulu...
  • Anda mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka... Yang pasti, anda seharusnya mempunyai nilai positif yg membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua pihak...

--KONTRA--

  • Memandangkan anda berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, tiada lagi hal yg boleh membuatkan and aperlu bertanya.. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya...
  • Sikap seperti cemburu dan syak wasangka melampau mungkin antara sikap yg tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yg dulu hanya seorang teman biasa..
  • Sebagai sahabat, hubungan anda berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Anda akan kehilangan orang yg selalu menjadi pendengar yang baik. Siapa yg akan menjadi pendengar setia apabila dia yg menjadi topik perbicaraan anda...????

Dari segi pro dan kontra yg tersenarai td, aspek kontra lbh berkemungkinan membawa anda ke arah kehancuran sebuah persahabatan yg begitu indah..

Anda berasa sudah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya terus berubah.. Terdapat juga risiko yg harus anda hadapi apabila berterus terang mengenai perasaan..

Jangan luahkan perasaan ini krn ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.

Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya. Jangan lupa risiko yg mungkin terjadi..

Anda tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap anda sekiranya anda takut utk cuba bertanya sendiri.

Apabila anda berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia kan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya,...ia akan berakhir dengan kegembiraan..!!!

BERCINTA MEMANG INDAH, TAPI PERLUKAN KERJASAMA KEDUA PIHAK UTK MEMASTIKAN BAHANGNYA BERTERUSAN... HA HA..



------------------------------------------------------------------------------------
Masa utk tengok iklan lak... Klik sini yer...

Produk apakah yg tersenarai dalam buku doktor ni dan sudah ramai doktor yg syorkan supplement ini kat pesakit diaorg...

Mims%2520cover Mims1 Mims2

2 ulasan:

sue^anas berkata...

slepas baca blog akak ni..saya semakin baik dalam percintaan

Sue berkata...

jadilah yg terbaik utk smua org....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin