Khamis, Jun 18

SENYUMAN LALUAN PIKAT HATI SI GADIS

Sesekali melihat pasangan bergandingan seiringan, terdetik gak rasa jealous... teringin utk disayangi seperti pasangan lain.

Apatah lagi jika selalu dilanda kesunyian, alangkah indah jika saat itu diisi dengan kehadiran si dia , boleh gak buat pengubat hati yg lara....Berjalan berduaan di tepian pantai, tengok wayang ke, atau beriadah bersama... mesti kita rasa itulah saat yg begitu indah dalam hidup.

Mungkin bagi segelintir lelaki, tidak semudah itu mendapatkan "girlpren" yg sehati sejiwa. Lagi payah jika lebih dikuasai rasa malu utk memulakan perhubungan.

Jika terasa janggal utk mendekati si gadis pujaan hati apatah lagi utk buka mulut ajaknya keluar, saya ada sikit petua utk dikongsi dengan kawan2 semua... khasnya yg masih belum berteman.. he he.... Mudah-mudahan boleh membantu anda mencari teman hidup dan seterusnya melayari mahligai bahagia....

  • Sebagai lelaki, anda perlu mulakan langkah pertama biarpun ada yg kata pompuan jugak boleh bukak mulut utk menyatakan segalanya... Beranikan diri bergaul dan berkenalan dengan ramai pompuan sebelum buat pilihan yg bijak....
  • Anda perlu sesuaikan diri dengan keadaan dan awasi gerak-gerinya. Tapi, janganlah sampai ekorinya sampai kat depan rumah..!!
  • Bila dh jumpa dengan pompuan yg anda minati, buatlah sedikit 'penyiasatan'. Selidik latar belakangnya sama ada dia sesuai atau tidak, keluarganya dan yg paling penting, kot-kot dia dh berpunya...!!! Caranya, anda boleh tanya kawan2 pompuan berkenaan utk cari fakta yg benar mengenainya. Jika dh bertemu dgn bakal girlpren,... perlu diingat... anda tak akan dapat mendekatinya melainkan anda menegurnya... so, terpaksalah buka mulut...he he..
  • Sebagai langkah awal mendekatinya, mulakan dengan SENYUMAN... Anda tak digalakkan renung pompuan tu lama2, takut dia pikir negatif lak... anda gak yg melepassss...
  • Anda hanya perlu buat baisa2 jer, jgn lak control macho sebab takut nanti pompuan tu akan jadi meluat tengok anda. Berlagak biasa, tapi hati2 dengan percakapan dan tindak-tanduk anda supaya tak menyinggung perasaannya.
  • Buatlah temujanji, makan malam ke... tengok wayang ke... Tapi, seelok-eloknya... tanya pompuan tu ke mana dia nak pergi agar situasi menjadi lebih selesa...
  • Bila anda berdua dh mula selesa dan serasi, .... jeng, jeng,jeng... inilah masanya untuk anda berterus terang soal hati dan perasaan anda....

"SELAMAT MENCUBA... MOGA BERJAYA.."



Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin