Khamis, Jun 4

TAK PERLU MENGADA-NGADA... BERTINDAK SEADANYA..

"Biasanya, lelaki sanggup lakukan apa saja utk menambat hati wanita pujaannya."

Namun, ada yg tak bersetuju dgn kenyataan tersebut. Mereka kata, tak perlu menunjuk-nunjuk atau bersikap 'pipi tersorong-sorong' utk menyatakan betapa bernilainya anda utknya...

Sebenarnya, wanita ni takde lah nk mengharap sangat si lelaki melakar nama mereka di langit biru atau utk menempah iklan utk menyatakan anda sukakan dirinya.

Lelaki hanya perlu buat beberapa perkara yg boleh menggembirakan hati si wanita . Kalau nk tawan hati mereka, si lelaki tak payahlah nk mengada-ngada, cuma, bertindaklah seadanya...

Kat bawah ni ada sikit petua.. Mudah-mudahan boleh bantu anda kaum adam di luar sana utk jadi lelaki yg sempurna di sisi si dia yg sentiasa menyanjungi anda...
  1. BELAJARLAH MENEPATI JANJI > Jgn buat wanita yg ingin keluar dengan anda rasa bosan disebabkan masalah yg terlalu kecik ni. Cuba elak dari sakiti hati wanita pujaan anda kerana perangai anda yg tak menepati janji. Jangan biarkan dia tertunggu-tunggu, ini akan menjejaskan suasana pertemuan utk keluar bersama.. Si wanita pujaan anda pasti akan tarik muka 14 he he... bahaya, bahaya, bahaya....
  2. JADILAH LELAKI YG PENUH SANTUN > Jika anda berkunjung ke rumahnya, tunjukkan tingkah laku yg sopan. Jangan menunggu dalam kereta dan membunyikan hon kereta, kononnya isyarat yg anda dah sampai ke rumahnya. Seelok-eloknya, jemputlah buah hati anda di muka pintu. Jika dia tinggal bersama keluarga, masuk dahulu ke dalam rumah dan berjumpa dengan orang tuanya. Dan berjalanlah beriringan ke kereta... nampak sopan cikit kan..!!! Tunjukkan anda amat menghargainya, dan cuba amalkan sikap "lady's first", perempuan dulu. Jangan la lupa ucapkan kata pujian mengenai penampilannya.. "Pompuankan suka dipuji, rahsia tu..." Ketika bersama buah hati anda, pandai-pandailah jaga hatinya, biar terdetik di hatinya bahawa anda patut dikagumi... Benda ni maybe nampak remeh dan sering dilupakan, tapi yg pasti... wanita amat mengambil berat terhadapnya... percayalah dan cuba lakukannya...
  3. TAYANGKAN MINDA ANDA DAN ELAKKAN KESILAPAN BODOH > Benda paling penting saat bercinta dan bertemu janji adalah mengenal atau membaca pemikiran seseorang. Pastikan anda bebas menayangkan diri anda khususnya pemikiran anda.. Biasanya wanita suka tafsirkan watak dan kewibawaan seseorang melalui bentuk pemikiran. Caranya ialah, cuba ajak berbual mengenai topik yg memberangsangkan.. Tunjukkan pd si dia anda ni seorang yg serba boleh... seorang yg kelakar dan boleh bercakap apa topik sekalipun serta memiliki pendapat yg menarik dan boleh diguna pakai.. Paling penting, mesti si dia akan anggap anda seorang yg berkarisma dan tak pentingkan diri sendiri. Tapi awas.... Jika anda buat joke, jgn la plak sampai menonjolkan kebodohan diri sendiri...
  4. BERTEMU KELUARGA.. > Lelaki yg berani harus bersua muka dengan keluarga si dia.... Barulah gentlemen kan..?? Jika dh berjaya pikat hati si dia, jgn lupa utk pikat hati keluarganya plak. Jika anda berjaya pikat hati keluarga si dia, pasti hubungan anda berdua akan direstui dan ini secara tak langsung akan memudahkan kerja anda... Si dia pn tak payah lagi mencari alasan atau membohongi orang tuanya semata-mata nak keluar dating dengan anda... senangkan....
  5. TUNJUKKAN KEMAMPUAN... > Ramai lelaki yg anggap dengan wang lah cara utk memikat hati wanita.. Malangnya, wanita tak akan menilai lelaki berdasarkan saiz dompet mereka.. [Jika ada wanita sedemikian, anda patut menjauhinya..] Sungguhpun niat hati utk melayan si dia bagaikan puteri. anda harus tanya diri sendiri.., MAMPUKAH ANDA..?? Bagi yg tak mampu, tak perlu berbelanja di luar kemampuan...
  6. PERKARA POKOK > Mesti jujur, ringkas dan ikhlas. Jika anda ada ketiga-tiga ciri ini tanpa perlu berlakon dan berpura-pura , dia pasti akan jatuh cinta pada anda. Mesti diingat, jika anda ingin menawan hati pompuan , pastikan anda tak mengada-ngada....
"BERLAGAKLAH SEADANYA DI DEPAN INSAN TERSAYANG KERANA KESEMPURNAAN SESEORANG LEBIH DILIHAT PADA KESEDERHANAANNYA..."

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin