Isnin, Februari 15

MENAWAN HATI SI JEJAKA

Kaum adam atau si jejaka biasanya akan terpikat kepada wanita yg penuh dgn sifat keibuan, lemah-lembut, caring serta penuh dgn kasih sayang.

Wajah yg keibuan mampu membuat si jejaka berasa tenteram ketika dlm keadaan stres, cemas, gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.


Jika anda merupakan wanita bujang atau seorang isteri, jgn la plak tunggu time ada anak sendiri baru nak menonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.


Apapun, berikut ialah ciri2 yg memungkinkan anda disukai lelaki.....

  • Memahami - Sikap memahami wanita mampu membuatkan lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan , memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Cthnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg memahami tak terus menghamburkan kata2 yg kasar atau menuduh yg bkn2, sebaliknya cuba mengerti letak duduk persoalan.
  • Menghargai - Wanita yg menghargai lelaki ialah wanita yg jadi idaman setiap lelaki. Berbeda dgn kaum wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki amat suka bila dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan drpd wanita membuatkan si lelaki berasa bangga.
  • Menjaga Penampilan - Lelaki amat menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya, sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah dgn senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan sentiasa memberikan yg terbaik kpd dirinya. Bila dh berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walaupun dh beranak-pinak. Sape yg tak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walaupun dh punyai 3, 4 orang anak...????
  • Pandai Berbicara - Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan blh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut mampu mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tp mampu memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kpd perbualan yg lbh menarik.
Lelaki juga sukakan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

  • Bersikap Keanak-anakkan - Dlm batas yg wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dgn keletah anda.
Tapi, tentulah ia bkn sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati sebaliknya sifat yg mampu menyenangkan jiwa.
Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian seorang pria. Wanita yg ceria membuatkan lelaki lebih ghairah.

  • Pandai Bergaul Dan Menyesuaikan Diri - Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lbh tua dan cara berhadapan dgn org yg lbh muda. Bila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tak pernah gentar. Malah, cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tak kekok sama ada berada di bandar atau di kampung.
  • Menghormati Diri Sendiri - Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sbg seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu sesuatu yg baik dan buruk. So, dia tau apa yg dia inginkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tak akan merendah-rendahkan dirinya dan tak akan biarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
  • Simpati Dan Prihatin - Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pd nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.
Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Kecantikan dalaman dirinya memancar keluar dgn indah dan sungguh mempesona.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin