Ahad, Jun 27

PELIHARA PERKAHWINAN HINGGA HUJUNG NYAWA...

Pasangan yg baru berkahwin sering duk tanam impian nak sehidup semati dgn pasangannya. Samalah jugak dgn mereka yg dah lama mendirikan rumahtangga.

Namun, tak semua yg berkahwin tu sedar hakikat sebenar sebuah perkahwinan. Ramai yg bayangkan dunia perkahwinan penuh dgn warna-warni ...tp, bila dh menghadapi dugaan, terasa keperitan yg amat sangat...

Berikut beberapa perkara yg menghalang pembinaan keluarga gemilang jika seorang drpnya tak membina aspirasi yg kukuh dlm konteks perkahwinan sebenar. Ambillah sisi yg baik drp perkahwinan supaya kita menjadi pasangan yg paling bahagia dan sentiasa memintal ikatan perkahwinan tu hingga ke hujung nyawa, insyaallah...



  1. Merasakan Perkahwinan Akan Membahagiakannya
    1. Bahagia tu amat subjektif. Bahagia tu sebenarnya bagaimana kita bersyukur dan gembira dgn apa yg kita ada. Jika dr awal lg dh bersikap negatif serta duk mengharapkan perkahwinan akan mengubah hidup menjadi gembira, itu satu kesilapan besar sebenarnya. Perkahwinan harus dipandu utk menjadi perkahwinan yg menggembirakan, bknnya perkahwinan tu yg akan mengubah diri jadi gembira...
  2. Mengharapkan Perkahwinan yg Bahagia dan Memiliki Pasangan Romantis... 
    1.  Dalam drama byk cerita yg memaparkan suasana indah dan romantis. Hakikatnya, hidup ni ada turun naik atau pasang surutnya..Kadang2 , makin lama mengharungi dunia perkahwinan, makin byk komitmen , makin mencabar, situasi romantis pula makin pudar kalau tak berusaha utk menyemarakkannya kembali...
  3. Merasakan Pasangan yg Sepatutnya Selalu  Memahami Dirinya...
    1. Walaupun berkahwin dgn saudara rapat sekali pun, dia tak akan dapat membaca fikiran kita apatah lagi lelaki. Tak semua lelaki mempunyai perasaan empati yg tinggi. kebanyakan mereka memerlukan isteri yg berterus terang mengenai perasaan mereka... sbg isteri, kena selalu berbincang hati ke hati dgn suami, bknnya menyindir bila ada kehendak yg tak tercapai...Sindiran atau kata2 kurang menyenangkan tu akan menjadi bibit kehancuran...AWAS...
  4.  Menganggap Suami Sepatutnya Melayan Isteri Macam Puteri Raja..
    1. Bila ditanya pada lelaki tentang perkahwinan, majoriti akan jawab," Nanti ada orang masakkan makanan, cuci baju, kemas rumah..."dan macam2 la.... Jarang sekali kita dengar, " Bila kahwin, aku mahu berikan apa yg dia mahu, layan dia macam puteri, bawa dia pergi bercuti.. bla..bla..bla"... Ayat tu lelaki cuma guna masa nak mengayat semata-mata. Jadi, sbg isteri, berpijaklah di bumi nyata...
Akan bersambung di lain hari... tiba-tiba lak jari jemari ni terasa malas nak menaip....ha ha...
Bersambung...............................

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin