Isnin, Julai 12

LAYAN PASANGAN MACAM KAWAN...

Kebanyakan kita akan memilih pasangan berdasarkan paras rupa, status dan ada gak yg melihat ketebalan poket bakal pasangan..

Sememangnya jodoh dan ajal maut tu di tangan Yang Maha Kuasa,namun kita perlu berusaha mencari pasangan yg sesuai.

Nak cari pasangan hidup, carilah yg betul2 serasi dan sesuai dgn kita. (KESERASIAN ANTARA DUA JIWA). Inilah merupakan keputusan yg amat penting bagi individu yg akan ambil keputusan utk hidup berumahtangga...

Memang  ramai yg nak cari pasangan yg serasi dan memahami tapi, jika terlalu serasi sangat pun akan membuatkan perhubungan tu membosankan.

Keserasian berubah seiring dgn peningkatan usia. Masa mula2 bercinta atau baru berkahwin hubungan cinta antara dua jiwa sangat serasi ,tapi, bila makin berusia, keserasian itu kian pudar...

Mari kita baca beberapa panduan atau tips utk mencari pasangan yg serasi...
  • KOMUNIKASI - Komunikasi yg berkesan amat penting dlm perhubungan, samada yg sedang bercinta ataupun dh berumahtangga...Inilah faktor utama yg memupuk keserasian. 
  • SALING PERCAYA - Kepercayaan antara kedua2 pasangan adalah satu faktor yg menyuburkan keserasian antara dua hati yg sedang bercinta..Jangan terlalu berahsia krn ia tak bagus dan ia akan memburukkan lagi keadaan kerana pasangan menaruh syak wasangka..
  • SIFAT TERBUKA - Berterus terang dan berfikiran terbuka merupakan suatu yg dicari2 dlm setiap pasangan. Ini dapat membuktikan keikhlasan dan kejujuran dalam suatu perhubungan.
  • ANGGAP SEBAGAI KAWAN - Melayan pasangan macam kawan merupakan satu pendekatan  yg baik bagi merapatkan lagi suatu perhubungan. Bila kita anggap pasangan macam kawan, kita tak akan segan atau malu bercerita tntg masalah yg dihadapi sbb rasa cam dah takde jurang antara anda berdua. Tak hairan lah ada sesetengah kes hubungan yg bermula dengan kawan rapat berakhir menjadi pasangan hidup.
  • PERSAMAAN - Persamaan sesama pasangan juga menyumbang kpd keserasian. Tak kira apa jenis persamaannya bersukan ke, karaoke ke dll. Persamaan dlm melakukan aktiviti membolehkan anda berdua sering meluangkan masa bersama, secara tak langsung ia akan mengeratkan hubungan serta menyuburkan rasa cinta..
  • SALING MELENGKAPI DAN MEMERLUKAN - Pernah tak anda rasa hidup cam tak lengkap je bila tak jumpa atau tak dengar suaranya..??? Inilah yg menunjukkan anda berdua saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Kalau tak jumpa atau tak dapat dengar suara pasti semua kerja tak kan jadi.. he he.. parahnya panahan cinta ni...!!!
CARILAH PASANGAN YG BETUL-BETUL SERASI....

    Tiada ulasan:

    LinkWithin

    Blog Widget by LinkWithin