Khamis, Oktober 7

Hukum Bunuh Cicak

"Apakah hukum membunuh cicak pada malam jumaat?? sila sertakan dengan hadis.. ada orang mengatakan ia mendpat pahala ada pula yang mengatakn tidak ada hadis yang membolehkan bunuh cicak pada malam jumaat mendapat pahala. so ia seperti menzalimi binatang itu..sila beri penjelasan..  "
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

 Kat bwh ni ada jawapannya...
Banyak terdapat hadis tentang hukum membunuh cicak,antaranya:

1>Riwayat dari Ummu Syarik:"Sesungguhnya nabi
s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"

2>Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah"

3>Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"

Saudara boleh rujuk hadis ini dalam Sahih Muslim dalam "Kitab Qatlul Haiyyat"

Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya
"Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh
membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api,sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.

Jadi dari hadis diatas,maka jelas disini bahawa membunuh cicak adalah sunat hukumnya tetapi tidak dikaitkan dengan hari jumaat atau mana2 hari.

....Ustaz Azhar ...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin