Selasa, Disember 7

Pisang Kaki

Salam sayang buat semua..
Dah lama gak rupanya Sue tak jenguk blog ni... sibuk sangat ke diriku ini???? he he..

Hari ni Sue nak berkongsi dengan semua kawan2 tentang sejenis buah yg dipanggil PISANG KAKI..



Pelik kan nama buah ni... Langsung tak ada rupa cam pisang, tapi diberi gak nama pisang...
Suami Sue suka beli buah ni.. Sue pulak selalu duk tanya ada khasiat ke buah ni???
Apa suami sue jawab... kalau orang2 cina suka beli mesti buah tu byk khasiatnya...

Baru hari ni Sue terfikir nak mencari info pasal khasiat buah ni.. selama ni main makan je, janji ada sesuatu yg boleh dikunyah utk menghilangkan boring... he he

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.

Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

Info ni sue copy dari SINI , kawan2 boleh la rujuk kalau nak dapatkan maklumat tentang buah-buahan yang lain yer...

SELAMAT TAHUN BARU.... MAAL HIJRAH....

:) :)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ni buah topu....

sue berkata...

haaa buah topu... x prnh dgr la pulok.. dailek dr mn tu..???

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin