Khamis, Februari 10

Mengapa Doa Saya Tak Dimakbulkan..???

Nabilah: Mama, semalam Nabilah lapar. Nabilah doa…Tapi, Allah tak datang-datang pun..Allah dah mati kot
 
Saya: Isy, Allah tak pernah mati, Nabilah (jawab saya ringkas kerana masih memikirkan jawapan yang terbaik untuk pernyataannya)



Nabilah: oo..kalau macam tu, mungkin Allah tengah tidur..atau Allah sedang sibuk
(Kali ini saya menumpukan perhatian kepada pernyataan anak perempuan saya..)

Saya: Nabilah, Allah tak mati dan Allah tak pernah tidur dan Allah tidak sibuk. Allah tidak sama macam manusia.

Nabilah: Tapi..kenapa Nabilah doa, Allah tak datang pun? (datang atau dalam erti kata lain maqbulkan)

Saya: Nabilah, adakalanya Allah tidak makbulkan doa kita pada masa itu. Tetapi Allah akan makbulkannya pada masa yang lain. Dan adakalanya, Allah tidak makbulkan doa kita di dunia, tetapi Allah akan makbulkannya bila kita tiba di akhirat nanti.

Allah tidak makbulkan doa kita pada masa itu adalah untuk kebaikan kita. Dan Allah simpan doa kita untuk dimakbulkan pada masa yang lain, kerana itu lebih baik untuk kita.
Adakalanya, Allah simpan doa kita..sampai ke akhirat sana. Bila sampai di sana nanti, kita berharap semua doa kita akan dimakbulkan hanya di sana sahaja kerana ganjaran yang Allah simpan untuk kita adalah sangat-sangat besar.

Yakinlah bahawa, setiap apa yang Allah tentukan untuk kita, baik ke..buruk ke…Itulah perkara yang TERBAIK untuk kita.
Jadi, dalam keadaan apa pun, kita kena terus berdoa. Kerana itu tandanya, kita yakin dan saaaayang pada Allah. ok? ;-) 
Nabilah: :)

Nota:
Saya tidak pernah tahu, samada Nabilah boleh memahami jawapan saya atau pun tidak. Memandangkan usianya baru 4 tahun++.
Hakikatnya, semua jawapan yang saya berikan adalah datangnya daripada Allah. Semoga usaha kecil ini dapat menjadi asbab pertambahan iman Nabilah dan iman saya juga. 
Aamin. ;-)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin