Sabtu, Mei 7

"HEPI MOTHER'S DAY.."

Buat semua yg bergelar ibu.... hepi mother's day.. moga kita menjadi ibu yg terbaik



                                                                                  Ibu….
Wajahmu sentiasa memancar ceria
Bibirmu tersulam senyum bahagia
Walau derita menyuntik sengsara
Kau sabar harunginya

Ibu…

Kau korbankan segala demi anakmu
Kau rela apa saja untuk menatap senyumku
Pengorbananmu cukup bermakna
Pengorbananmu amat berharga
Ikhlasnya kau melimpahkan kasih
Setianya kau menyulam sayang
Teguhnya ikatan mesra
Ibarat karang di lautan sana
Budi yang kau semai
Hanya tuhan yang tahu menilai
Tulusnya budi membentuk sahsiah terpuji

Ibu…

Hanya kau ratu hatiku
Hanya kau cahaya kasihku
Terima kasih ku rangkaikan
Atas untaian cinta yang kau sembahkan
Ku iring doa sepanjang hidupmu
Moga kau bahagia meniti usia

Kerana kaulah penyuluh jalan ke syurga…

#Al-Fatihah buat arwah ibunda ku.. Kalau dulu saat2 yg paling membahagiakan adalah saat nak balik kampung.. Tapi sekarang semuanya dah jauh berbeza.. Yang pasti, suasana syahdu dan sepi  akan menghantui kami adik-beradik (bila balik kampung).. Lebih2 lg time raya.. uwwwaaaaaaa... (sedih giler)

Kepada yg masih ada ibu n ayah, sayangilah mereka sepenuh jiwa dan raga, kerana kasih sayang ibu n ayah pasti tiada penggantinya.. percayalahhhh....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin