Rabu, Jun 29

Musim Buah Dtg Lagi...

Wahhhh ini lah musim berpesta dengan makan buah.. Suka suka suka....
Kalau yg duk kt bandar tu,ni lah peluang yg perlu diambil utk selalu menjenguk org tua kat kampung kan...

boleh makan buah banyak2...

Sekarang kan musim durian dh tiba.. Manggis pun dah masak.. Kalau kat rumah ni pulak, pagi2 lg anak2 ku dah makan buah mangis...
sarapan dgn buah manggis la jawabnya,.. x payah susah2 nk sediakan brekfast. haha...

Yang bestnya petik je buah terus masuk mulut.. fuyoooo, terasa freshhhhh je... 
'terbaik dari ladang'.. 

Buah manggis ni sebenarnya byk khasiat..
Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan macam2 lg. 

Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan

Khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan insyaallah pelbagai lagi masalah.

Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

Selain itu, manggis juga mempunyai Cathechins, Polyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat.
Vitamin C, Zat Besi, Niasin, Kalsium, Protein, Serat Fiber, Vitamin B1 & B2 dan lain lain mudah diperolehi secara semulajadi dari pemakanan Manggis.

Woooowww menakjubkan..!!!
Sungguh hebat ciptaan ALLAH buat hambanya...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin