Selasa, Jun 21

Tekanan Darah Tinggi / Hypertension



Pagi tadi dpt berita anak buah kawan FB aku kena darah tinggi. Masuk wad...
Yang buatkan aku terkejut umurnya baru 6 tahun.. Betul2 bahaya la sekarang ni.
Penyakit yg datang menyerang dh tak mengira usia lagi..

Sebab ni lah aku terpanggil utk berkongsi info pasal darah tinggi ni.. untuk peringatan semua khususnya buat diriku sendiri..

Tekanan Darah Tinggi, atau dalam istilah medikal dikenali sebagai ‘hypertension’ atau ‘hipertensi’, adalah fenomena di mana tekanan darah anda melebihi dari paras normal secara kronik. Tekanan darah merupakan tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Tekanan terbahagi kepada 2 julat yang ditulis dalam format berikut – 120/80 millimeters mercury (mm Hg). Nombor atas (120), dikenali sebagai ‘sistolik’ merupakan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung (ketika jantung berdenyut), manakala Nombor bawah (80), dikenali sebagai diastolik merupakan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman (ketika jantung tak berdenyut, rehat).
Tekanan darah yang optimal ialah seharusnya tidak melebihi 120/80 mm Hg, atau tidak terlalu rendah di bawah 90/60 mm Hg (kes hypotension atau hipotensi dimana tekanan darah adalah terlalu rendah yang membahayakan nyawa). 
Skala berikut boleh dijadikan penanda aras di mana terletaknya diri kita berdasarkan bacaan tekanan darah yang diperolehi.


# Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dr merawat....

...................................................................................
Nak tau pasal supplemen ni blh la email saya..
atau pn blh gak ke page FB ni..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin