Ahad, Julai 3

Sikap Isteri Yg Buat Suami Sengsara

Seorang isteri bukannya hanya sekadar pendamping suami seumur hidup.. Peranan mereka lebih besar dari itu. Seorang isteri mampu menjadi pendorong kejayaan karier dan cita-cita suaminya. Isteri yg pandai menjalankan tugastugasnya, meskipun hny berada di rumah, mereka akan tetap membantu suami mencapai kejayaannya..

Isteri yg bijaksana, bersemangat dan bercita-cita tinggi akan byk mendorong kejayaan suami sekaligus memantapkan lg ikatan perkahwinan yg telah dibina..

Inilah antara sikap yg buat si suami sengsara...

1) SUKE BERLETER
Sikap ini mmg dh sinonim dgn wanita lbh2 lg yg dh berumahtangga kan..??Isteri yg suka berleter ni, bkn aje berleter dgn anak2 tp juga pada suami mereka. Mereka sering tak puashati dgn apa jua perkara yg dilakukan suami. Seolah2 serba serbi tak kena, baik soal penampilan, kerja mahupun layanan pada pasangan.
Isteri mcm ni tak akan malu mendedahkan kelemahan suami pd rakan mahupun jiran tetangga.
Dia juga begitu terbuka duk bandingkan suami sendiri dgn lelaki lain.Dia tak fikir yg tindakannye itu hanya membuka pekung di dada sendiri.

Isteri mcm ni selalunya mementingkan diri sendiri dan kurang sabar. dia nak segala2 nya cepat, sempurna dan memuaskan terutama bila ia berkait dgn keinginan @ kemahuannya sendiri.
Bg mencari hiburan, si suami lbh senang berada di luar rumah.. ada yg sanggup melepak bersama rakan di kedai2 kopi hingga larut malam.. lebih teruk lg jika ada suami yg mencari kedamaian hati dgn berdampingan dgn wanita lain..

2) QUEEN CONTROL
Isteri ini seorang yg gila kuasa dan mahu mengawal segalanya. Dia melayan suaminya seperti tawanan atau sbg anak2 kecil. Dia mahu semua keputusannya suami ikut.. dia juga nak kontrol semua perbelanjaan keluarga walhal bukan dia pun yg duk cari nafkah.. Setiap awal bulan je, dia akan mintak semua duit gaji suami. dia akan kawal segala2nya..
Suami ini tak ada langsung peluang utk memajukan diri krn asyik dlm cengkaman isterinya. Mungkin juga si suami ini akan jadi bahan ketawa dan gurauan di kalangan rakan2 sekeliling.. :-(

3) GEMAR BERSOSIAL
Isteri sebegini suka bergaya dan sentiasa nak cantik jerrrrr.. kewajipan utamanya bukan pd urusan rumahtangga tp sebaliknya, mcm bersama teman2 ke, majlis2 keramaian atau membeli belah.. Dia tak ambik peduli hal rumahtangga termasuklah hal makan minum suami dan anak2 nya...
Dia sanggup balik rumah lewat2 malam tanpa pedulikan keadaan suami dan anak2 di rumah. Dalam hal ni sah2 le si suami yg jadi mangsa uruskan segala hal ehwal rumahtangga termasuk lah makan minum anak2.. terbalik sudahhhhhh.. Lintang pukang la rumahtanggan kalau camni kan..???

Haaaa cukup la dulu sampai sini..
Insyaallah jika masih ade kesempatan di hari esok, sy akan sambung kembali topik nie..
Blh dijadikan panduan dan peringatan buat kita semua, moga kita menjadi seorang ISTERI yg disayangi, dicintai, dikasihi dan macam2 lg la (yg baik2 je tau) oleh suami kita..
Sama2 kita perbaiki diri utk jadi insan, isteri, ibu dan anak yg terbaik di dunia dan akhirat..

Apa yg baik kita jadikan teladan, apa yg buruk kita jdkan sempadan...
mmuuuahhhhh... 


n peeeaaacceeeee..


Wassalam...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin