Isnin, Mac 25

Kasih Mu Ibu.. Sampai ke Syurga

Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi.
Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman.
Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusapi air mata.
Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia.

Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata, "Sabar nak, sabar ya sayang."

NAMUN,

Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuapi. Dengan tangan yang gementar, ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya dengan linangan air mata.
Ketika ibu sakit, dimana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat ibu yang sedang sakit?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad, Ketika jenazah ibu hendak dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu untuk terakhir kali.

Tangan ibu, tangan ajaib.
Sentuhan ibu, sentuhan kasih.
Dapat membawa ke Surga Firdaus.

Buat yang masih ade IBU dan AYAH, sayangi lah mereka, bahagiakan lah mereka...
 
Mak, moga kita akan bertemu di syurga nanti .
Al-Fatihah buat mak n ayah ku.

Bila tiba je time nak balik kampung mesti jiwa ni akan terusik,
terasa rumah tu sunyi je walaupun hakikatnye riuh rendah ngan suara anak2 buah ku yg ramai.
Hanya pusara sebagai pengganti.
(* YA ALLAH ampunilah dosa kedua orang tuaku, tempatkanlah mereka bersama orang2 yg beriman **)
aminnnn...

AL-FATIHAH

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin