Ahad, Mei 24

PETUA 8-P KUNCI KEBAHAGIAAN..

Mengapa hati bagaikan ditusuk rasa cemburu bila melihat pasangan lain bahagia sedangkan kita tidak mampu utk membahagiakan diri dan pasangan kita...???

Jika tahu cara menangani masalah, hubungan yg sedia terjalin dan sudah pudar juga mampu dikembalikan kesegarannya.

Pakar motivasi dan pendakwah, Ustazah Nor Bahyah Mahmood, berkata pasangan harus sedar beberapa perkara yg boleh dilakukan utk menyelamatkan hubungan cinta mereka.

Dengan memberi perhatian pd perkara berkenaan, ia mampu mengubah keadaan hubungan tersebut sekaligus menjadikannya lebih menarik.

Setiap individu mempunyai 100% kuasa utk mengawal situasi sekeliling... Seterusnya mampu mencipta perubahan dalam hubungan cinta dan tumahtangga.

Byk perkara menjadi aspek penting utk seseorang hidup bahagia bersama pasangan masing-masing. Utk itu, rasa hormat-menghormati dan sikap tolak ansur memang penting utk mengekalkan kebahagiaan.

Berdasarkan petua 8-P, mungkin mereka yg sedang mencari erti kebahagiaan sebenar akan mendapat hidayah dan jalan terbaik utk mencapai kebahagiaan yg hakiki.

Ia mampu membantu pasangan utk menyelamatkan hubungan masing-masing di samping membuang rasa putus asa kerana pasangan dikatakan tidak mahu berubah.

Petua itu turut menekankan cara berkomunikasi yg berkesan dgn pasangan. Malah, dengan beberapa baris ayat, ia boleh membuatkan pasangan jatuh cinta berulang kali.

Berikut diperturunkan petua yg diharap mampu membentuk hubungan cinta agar jadi lebih mendalam:.....
  1. PUJI - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
  2. PELUK - Pasangan suami isteri hendaklah selalu memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pd setiap hari kerana pelukan itu belaian yg penuh dgn kasih sayang.
  3. PENGHARGAAN - Antara yg patut dilakukan ialah amalan memberi hadiah yg pasti boleh menambah kasih sayang.
  4. PERHATIAN - Aspek ini mesti diberi penekanan kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
  5. PERSEFAHAMAN - Sebagai manusia bekerjaya, ia memerlukan pasangan lebih bertolak-ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
  6. PERGAULAN - Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya drpd melampaui batas, menimbulkan rasa cemburu seterusnya akan membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  7. PERCUTIAN - Harus merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yg jauh drpd kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
  8. PERMOHONAN - Doa kepada Allah minta rasa sentiasa disayangi antara pasangan suami isteri serta dijauhi drpd godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Kunci sebenar kebahagiaan rumah tangga ialah dgn mendekatkan diri kepada Allah Taala.

Bila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yg kosong.

Waktu kita jauh daripada Allah, iblis yg suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita drpd tanggungjawab terhadap keluarga...

"PETUA 8-P BOLEH DIJADIKAN KUNCI KEBAHAGIAAN BERSAMA PASANGAN"

2 ulasan:

anas berkata...

lawati blog saya

Sue berkata...

insyaallah kalau ada masa....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin