Isnin, Julai 6

BUAH KIWI - KESIHATAN MENYELURUH


INGINKAN KESIHATAN YG MENYELURUH...???

Jadikan dua hidangan buah kiwi setiap hari sebagai aturan baru dalam diet harian kita utk kesihatan yg menyeluruh.

Buah kiwi mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia kaya dengan nutrien yg membantu mencegah penyakit, memberi tenaga selain merupakan pilihan diet harian yg amat mudah.

Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dlm setiap 100g buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yg lain. Ia sesuai utk mereka yg mementingkan kesihatan dan pesakit diabetes kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yg rendah dan mengandungi kandungan fiber yg sama tinggi dgn hidangan emping bijirin.

"Bagi sesetengah pengguna, nilai nutrisi mempengaruhi kita utk membeli sesuatu. Fakta mengenai kebaikan buah kiwi sudah lama diketahui dan tidak hairanlah ia kini digemari oleh mereka yg mementingkan kesihatan menyeluruh", kata Pengurus Pemasaran Zespri International, Daniel Mathieson.

Menurutnya, buah kiwi sesuai dimakan mentah, dimasukkan dalam masakan dan boleh juga dimakan bersama kulitnya. Secara purata, buah kiwi menyediakan kandungan cadangan harian (RDV) vitamin c dan juga bahan lain seperti folat, potasium dan zink yg mana sangat penting utk mengekalkan kesihatan menyeluruh.

Tambahnya lagi, ketakutan seluruh warga dunia mengenai wabak influenza H1N1 juga menyebabkan kita lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan.

"Kini kebanyakan orang mula bertukar kepada makanan atau buah-buahan yg kaya dengan bahan imunisasi seperti buah kiwi", kata Mathieson.

Sementara itu, Pakar Terapi Nutrisi, Dr.Norzita Mohd Yusof berkata, " Buah kiwi merupakan pilihan diet yg mudah dan amat sesuai bagi kanak-kanak serta orang dewasa."

"Anda hanya memerlukan sebiji kiwi segar, potong kepada dua bahagian dan gunakan sudu utk mencedok isinya..", katanya.

Menurutnya lagi, buah kiwi amat sesuai dijadikan amalan diet harian sejak dari usia kanak-kanak lagi memandangkan mereka kini sangat terdedah kepada makanan berproses.

"Untuk kanak-kanak, sebiji buah kiwi sudah memadai utk membantu mereka melawan penyakit biasa seperti selesema, demam dan sembelit. Bayi berusia setahun ke atas juga boleh diberi buah kiwi yg dijadikan puri atau dilenyek halus," ujarnya.

Dengan pengambilan buah kiwi setiap hari katanya, kita tidak perlu lagi bergantung kepada supplement tambahan berbentuk pil atau minuman kerana buah kiwi mengandungi semua jenis khasiat yg diperlukan oleh badan kita.

SEJARAH BUAH KIWI

Asalnya ia dikenali sebagai Chinese Goosebery dan berasal dari China. Ia dibawa ke New Zealand pada tahun 1904 oleh orang Britain utk ditanam secara besar-besaran memandangkan suhu di sana yg amat sesuai.

Pada tahun 1950, nama buah kiwi diperkenalkan dan pertama kali dieksport ke United Kingdom.

Terdapat 4,670 peladang buah kiwi di seluruh dunia dengan 2,700 daripadanya terdapat di New Zealand.

Negara-negara lain yang menanam buah kiwi adalah China dan Chile. Antara pengeksport terbesar buah kiwi adalah Zespri International yg mana menghasilkan tiga jenis buah iaitu buah kiwi hijau, buah kiwi kuning (rasa lebih manis) dan buah kiwi organik.

FAKTA KHASIAT BUAH KIWI

  • Kaya dengan vitamin C > 1biji buah kiwi = 2 biji oren
  • Perlindungan penting utk mencegah demam dan selesema. Kandungan imunisasi yg tinggi bermakna anda kurang jatuh sakit. Setiap hidangan mempunyai 230 peratus pengambilan harian vitamin C yg disarankan.

  • Kaya dengan pelbagai nutrien > 1 biji kiwi = 1 biji mangga
  • Kandungan potasium yg tinggi baik utk mengurangkan tekanan darah tinggi dan membantu memulihkan saraf serta otot dengan pantas. Lain-lain nutrien dlm sebiji kiwi termasuklah kalsium, fosforus, magnesium, selenium, zat besi, zink dan kuprum.

  • Kaya dengan folat > 1 biji kiwi = 4 biji pic
  • Asid folik sangat penting sebelum dan semasa mengandung bagi membantu tumbesaran janin. Ia juga diperlukan dalam menghasilkan sel darah dan kulit yg cantik.

  • Kaya dgn vitamin E > 1 biji kiwi = 4 biji epal
  • Diperkaya dengan antioksidan seperti polifenol dan karotin. Dengan menikmati buah kiwi, anda mempunyai perlindungan sewajarnya daripada kerosakan radikal bebas. Buah kiwi merupakan satu daripada sumber vitamin E kurang lemak yg mana dikatakan berupaya membantu merendahkan tahap kolestrol dan memulihkan kulit yg rosak.

  • Kaya dgn fiber > 1 biji kiwi = 3 batang seleri
  • Pengambilan fiber sangat penting utk pembersihan dalaman, meningkatkan sistem penghadaman serta membantu kesihatan badan dan jantung.

2 ulasan:

armouris berkata...

info tentang buah kiwi kat sini - Kiwi Goodness

sue berkata...

Thanks ye, nnti sue p tgk...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin