Jumaat, Julai 3

TERPAKSA...CINTA PALSU

Mudah ke nk bukak pintu hati kat seseorg...tp, teramat payah nk tutup kembali pintu hati kpdnya..???

:d :d :d


Memang tak dinafikan, bila rasa cinta dh bersemi dlm hati, terasa betapa indahnya dunia.. Lebih indah lg bila segalanya terbuai bila mencintai seseorg yg memang kita suka sgt ..
Namun, pengalaman pernah menyayangi seseorg, tp akhirnya dilukai membuatkan hati ini mula membenci bila nk terima kehadiran org baru....


Gitu gak sebaliknya, bila seseorg yg menyintai kita, tp kita tak menyukainya walau sebesar zarah pn.. Fikirlah perasaannya sama cam perasaan kita gak - ingin mencintai walaupun tk dicintai....

Cubalah hormati perasaannya, tp jgn le beri harapan palsu sbb terpaksa dlm cinta ni satu kepalsuan semata-mata...Akhirnya yg merana diri sendiri gak...

Cinta ni sbnrnya ibarat air. Kita sgt memerlukannya dlm hidup, namun, jika ia air di lautan, ia akan jd ombak yg boleh buat hidup kita terumbang-ambing..

Jika ia ibarat air di kutub, maka ia akan jd ketulan ais yg buatkan kita jd beku.

Jika ia ibarat air sungai yg mengalir tenang, maka ia akan berterusan menghanyutkannya ke muara.

Jika ia ibarat air terjun, maka terhempas le kita berulang kali ke bawah.. (adus sakit tu.)

Kalau ia ibarat air tasik yg tenang membiru, kita dlm diam2 duk simpan berjuta keladak kat dasarnya..

Habis tu jenis air apa yg patut diingini....???!!!

Carilah mata air yg suci lg murni.. walaupun keluar sikit demi sikit, akan melimpahi perigi jua akhirnya, mampu gak hilangkan kehausan kita dgn sekali teguk je...

Biarlah kita jadi cinta terakhir pd seseorg, sbb mgkin dah terlmbat utk jd cinta pertamanya... tp kita tak akan pernah terlambat utk jd cinta terakhirnya.

Jika anda dh lengkapkan diri utk bina kekuatan dlm fasa hubungan cinta yg baru, cuba petua kt bawah ni.... Mana tau cinta yg baru bakal memenuhi dan menyinari jiwa anda yg kosong, mampu beri kehangatan kebahagiaan buat anda selamanya...

Baca yer....

  • Bila si dia sibuk, jgn la kita duk merengek2 minta si dia temankan kita...
  • Jika si dia jenis yg terlalu ego lak, jgn sesekali kita persoalkan keegoannya, bila sikap sedemikian sedang menguasai dirinya..
Baik lelaki mahupun pompuan, adakalanya mereka terlalu ego dan sukar mengakui sesuatu biarpun memang jelas dia yg bersalah. Mungkin dia lebih tegas, tp anda sukar menafsirkan sikapnya..
  • Jika si dia romantik, ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun mkn mlm di bwh cahaya lilin sambil duk kenang saat 2 manis pertemuan pertama dan jgn lupa selitkan perancangan utk masa depan bersama...
  • Bila si dia panas baran, jgn buat sesuatu yg blh menyemarakkan lagi rasa marahnya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahannya reda dan pastu barulah bincang apa yg sepatutnya...
  • Jika si dia penat, jgn kita duk mengadu perkara ataupun bercerita perkara yg remeh-temeh.. Dalam saat camni, si dia hanya perlukan rehat secukupnya, jgn paksa dia buat suatu yg blh menambah kepenatan bahkan berasa bosan melayan kerenah yg bersifat keanak-anakan...
  • Jika si dia terlalu pentingkan diri sendiri, cuba berterus terang dan luahkan rasa tak puas hati anda mengenai sikapnya tu..
Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain sbb persefahaman amat penting dlm menjalin hubungan .
  • Bila si dia mengongkong dan anda pula memberontak, pasti akan dimarahinya kerana terdorong atas rasa yg tak menyenangkan tu...
Tapi, kalau anda turut je katanya, takut nanti jejaskan diri sendiri, akan meletuslah sesuatu yg tak diingini bila timbul rasa tak puas hati di kemudian hari..
Utk itu, anda perlu berkata sesuatu padanya utk membiarkan anda buat keputusan sendiri asalkan tak jejas hubungan anda berdua..

  • Bila si dia jenis yg selamba je, cuba tarik perhatian si dia.. cthnya, lakukan sesuatu yg boleh menarik minatnya.. Orang yg selamba ni biasanya nak kita yg mulakan dulu. So, rancang sesuatu utk tarik perhatiannya...
  • Sekiranya si dia curang, jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika betul si dia curang, bersemuka dan tanya padanya tujuan dia buat gitu. Tapi bila si dia tetap dgn keputusannya, eloklah anda sendiri yg berundur yg dulu sebelum hati makin teruk lukanya...
  • Jika si dia lurus bendul, memang anda boleh ambik kesempatan ke atas dirinya... tp jgn sampai perlekehkan setiap tindak tanduknya.
Anda patut jadi perangsang padanya dan katakan yg dia mampu buat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain... :k-->

"BERTINDAKLAH SEJUJUR-JUJURNYA DALAM CINTA"


Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin