Selasa, Ogos 11

PETANDA DI LAMUN CINTA.....

Pejam celik pejam celik rupanya dh hampir sebulan blog ini tak diupdate... kesihatan tak mengizinkan...

Di kesempatan yg ada pd hari nie, saya nak berkongsi dengan sahabat semua apakah petanda2 yg menunjukkan kita rupanya sedang dilamun cinta...

CINTA.... tak pernah mengenal usia dan latar belakang. Ia boleh datang bila-bila masa yg ia nak. Jadi, bagaimana caranya utk mengetahui bahawa seseorang itu sedang dihinggapi rasa cinta ...??


Cuba semak tanda2 jatuh cinta yg saya senaraikan kt bwh nie supaya dapat kita melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya..

  • Sukar Melelapkan Mata - Sejak berkenalan, ingatan anda kepada si dia kian menebal sampai duk ganggu tidur anda.

  • Sentiasa Berdebar - Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung, malah anda jd menggelabah bila dihampiri sidia.

  • Suka Ambil Tahu - Anda makin berminat nak ambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya drpd kawan-kawannya.

  • Resah Gelisah - Hati mula rasa gelisah bila si dia tak kelihatan. Anda pasti akan tercari-cari jika terlihat kelibat bayangnya.
  • Dihinggapi Cemburu - Anda mula merasa cemburu bila si dia melayan orang lain walaupun sekadar kawan2. Sikap itu amat ketara hingga disedari kawan2 anda.
  • Hobi Baru.... Termenung - Anda akan jd seorang yg suka termenung dan di mata anda terbayang wajah si dia dan anda bersamanya.
  • Dating... - Ada je alasan utk berjumpa atau secara terang menawarkan diri utk keluar bersama si dia. Kadangkala anda buat temujanji di waktu mlm padahal baru petang td anda berjumpa dengannya.
  • Rindu.... - Anda mengingatinya setiap saat dan apa yg dipandang akan mengingatkan anda pada si dia.
  • Bergayut Di Telefon - Anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam bergayut di telefon berbual kosong kerana apa yg penting dapat dengar suaranya utk melepaskan rindu.
  • Berubah Citarasa - Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda mengenai pelbagai perkara.
  • Memberi Hadiah - Anda beri si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh.
  • Awal Ke Tempat Kerja - Anda jd bersemangat utk ke tempat kerja.. selalu datang awal, dengan harapan dpt berbual atau bersarapan dengan si dia.
  • Lebih Rajin - Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan dgn sblm nie...
  • Menjaga Penampilan - Penampilan anda semakin anggun, malah wajah sentiasa berhias dgn mekap hingga nmpk mempesonakan.
  • Defensif - Pantang org lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan.
LEPAS RINDU..... SAAT BERSAMA ADALAH PALING INDAH BG PASANGAN YG SEDANG HANGAT DILAMUN CINTA...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin