Khamis, Disember 17

JODOH TAK KAN DATANG MENGGOLEK...

Assalamualaikum buat semua....

Dah terlalu lama blog ini sepi tanpa khabar...

Ini post terbaru utk kali ini....

Sesetengah org labelkan lelaki sebagai buaya jika kaum adam terbabit suka bertukar pasangan. Namun bila berdepan dgn lelaki pendiam ataupun lurus bendul, senang jer kita lontarkan kata-kata yg jejaka tu 'kayu', takde perasaan dan sebagainya.

Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam hidup setiap insan. Baik lelaki mahupun wanita, perasaan yg sama tetap wujud. Sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan serius adalah lumrah bg semua orang.

Namun sebelum mengenali seseorang, kita perlu tau masa yg sesuai utk mengenalinya. Malam..?? Pagi..?? Petang..?? atau Siang..??? Kadangkala kita hanya fikirkan waktu kita jer tanpa fikirkan waktu si dia....

Serba salah dibuatnya... Tak dihubungi, hati memberontak nak dengar suaranya. Bila dihubungi, takut mengganggu dirinya pulak.

Ada sesetengah lelaki lebih didorong rasa malu utk memulakan sesuatu perhubungan hingga terpaksa melepaskan insan paling disenanginya gara-gara sukar nak ungkapkan apa yg jauh terpendam di lubuk hati.

Kesimpulannya, macamana nak mulakan suatu persahabatan.... menjalinnya dgn penuh berhemah dan seterusnya mengikat hubungan yg lebih serius...????

Jom kita cek petua kt bawah ni... Mungkin berguna buat sesapa yg berkira-kira utk memulakan suatu persahabatan yg suci lg murni....:

  • > Cari masa yg sesuai
Ada kalanya, yg secara tak sengaja adalah 'saat paling indah dlm hidup kita'. Ia juga mungkin masa yg paling sesuai.

Ada ketikanya, kita takut utk menelefon seseorang, bimbang dia mungkin sibuk tapi tanpa diduga, dia juga sebenarnya sedang menanti anda.

Jika masa utk menghubungi tu tepat pasti perbualan menjadi semakin rancak dan lebih menarik. Malah lbh byk anda mengenali keperibadiannya.

Tapi, harus diingat, pagi adalah waktu paling sibuk bg kebanyakan mereka yg bekerja. Masa freenya mungkin masa lunch...

Namun waktu paling baik adalah malam kerana semua beban kerja dah takde. Pandai-pandai le olah bicara bila pancing dah mengena.. he he

  • > Lebih berkeyakinan
Tak cuba maka tak tahu... 'Makanan' pn tak kan masuk ke dalam mulut kalau kita tak menyuapnya kan..??? sama gak dgn usaha, kerana tanpa usaha , kita mungkin kan terus ketinggalan dan akhirnya orang yg kita minat tu dipikat orang lain.

Sebaiknya, tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yg berani je akan berjaya mencapainya. Dalam apa langkah sekalipun, keyakinan amat penting kerana ia adalah 'pertahanan' terakhir dalam diri anda.

  • > Jangan buang masa yg ada
Sebenarnya, lebih lambat anda memulakan langkah perkenalan, anda semakin rugi. Kesungguhan adalah antara faktor serta daya penarik krn si dia beranggapan anda benar-benar serius nak jalin hubungan yg suci dgn dirinya.

  • > Perlu tahu apa yg anda lakukan
Ini sgt penting sbb ada orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar suka suka je. Ada orang pulak yg nak cari jodoh dan impikan ianya akan berakhir di jinjang pelamin.

Justeru, sebagai lelaki anda perlu tahu apa yg anda lakukan dan apa yg anda ingini, dan bagaimana ia perlu diakhiri.

Ada gak yg ingin berkenalan sekadar nak tambah koleksi bilangan teman wanita. Sebagai lelaki, fokus pada kehendak anda. Jangan hanya kerana dicabar teman2, anda lalu berusaha memikat hati si dia dan bila dah dapat , anda ingin meninggalkannya begitu aje.... Ia nyata suatu yg tak baik dan pasti akan menghancurkan hati dan perasaan seseorang...

  • > Teruskan persahabatan...
Sekali anda melangkah ke alam persahabatan atau perkenalan, teruskan walaupun ada sesuatu yg menghalang.

Ingat, jgn sesekali berpatah balik hanya kerana disebabkan perkara yg amat remeh.
Ini hanya akan membuang masa anda dan dirinya. Malah ia juga tidak baik kerana membabitkan soal hati dan perasaan.

Apapun, cari masa yg paling sesuai utk mengenali seseorang krn bukan semua dapat menerima keadaan dgn sebegitu mudah....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin