Khamis, Februari 18

BAHAYA SINDROM MALAS BERIBADAT

Malas adalah satu penyakit...
Ia menimpa semua org, tanpa mengira had atau sempadan usia seseorang.Malas ada pelbagai ragam.. ada malas belajar, malas bercakap, malah malas makan pun ade jugak.

Jadi memang terdapat 1001 mcm jenis malas lagi. Malas mempunyai risiko dan akibatnya, tapi yg menakutkan kita adalah jika kita malas utk beribadat.

Senang cerita, akibat sifat malas yg lain tu bolehlah ditanggung, tapi jika kita malas beribadat mmg tak mampu ditanggung rasanya. Sape yg sanggup menanggung azab sengsara bakaran api neraka..!!

Keprihatinan ibu bapa terhadap anak2 yg ada penyakit malas utk beribadat ni dilihat semakin menurun.
Lihat je kalau anak kita tak pergi ke kelas tambahan atau tuisyen bukan main marah lg dan kadang2 dipukul anak tu sampai mereka berdendam terhadap kita.

Berbeza plak halnya jika anak kita tak menunaikan solat, puasa atau anak gadis kita tak menutup aurat, kita boleh buat tak tau aje.
Tak pula kita menegur mereka jika mereka meninggalkan solat atau tak menutup aurat. Malah, hebat lagi kita membela mereka.

Kita juga bersungguh2 memberikan perhatian terhadap pelajaran yg blh memberikan anak kita mendpt skor A dlm peperiksaan, tapi kita tak langsung mengambil berat terhadap mata pelajaran fardhu ain...

Sebenarnya, ini adalah penyuburan nilai yg tak prihatin ditanamkan terhadap anak tanpa kita sedari. Kita lbh bimbang masa depan dunia anak kita drpd masa depan agama mereka.

Dunia mmg pnting... Islam tak pernah menolak dunia sehinggakan dlm al-Quran pn ada menyebut, " Carilah apa yg dikurniakan Allah terhadap perkara akhiratmu dan janganlah kamu lupa urusan dunia kamu...."

Jangan lupa dunia antara mesejnya, jgn kita leka mencari dunia hingga lupakan akhirat. Kadang2 bukan saja kita lupa akhirat, malah Allh s.w.t sbg Tuhan yg wajib kita sembah pun kita lupakan.

Justeru, utamakan agama terlebih dulu dari yg lainnya. Insya Allah jika agama kita selamat, maka seluruh kehidupan kita di dunia ini Allah s.w.t akan bantu utk terus maju dan selamat...




Sama-samalah kita menjadi hambaNya yg sentiasa memperolehi keberkatan dlm apa jua yg kita lakukan....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin