Jumaat, Februari 19

JGN CARI SUAMI TAPI CARI BAPA UTK ANAK

Dunia perkahwinan ada pelbagai alunan, dipenuhi warna-warni yg penuh dgn ilusi bahkan misteri. Bagi yg sdg menganyam mimpi dan berkira2 utk mendirikan mahligai bahagia, ingatlah... bukan hanya persiapan fizikal yg perlu dititikberatkan.

Lebih dr tu, persiapan mental perlu diambil perhatian. Kursus perkahwinan atau ilmu berkaitan rumahtangga mesti menjadi rujukan kpd pasangan.

Baik lelaki mahupun pompuan, kehidupan sblm berkahwin terlalu jauh bezanya dgn keadaan slps berkahwin.


Buat golongan adam, renungi pedoman brkt sbgai panduan menjalani kehidupan yg kian mencabar ni.
Tak terkecuali kaum hawa, utk menimba panduan bermakna dlm melayari bahtera kehidupan berdua...


  • KETIKA MENCARI CALON - Jgn mencari isteri, tapi carilah ibu bg anak-anak. Buat wanita, jgn cari suami tapi carilah bapa/ayah bg anak2 demi mencapai sebuah rumahtangga yg sebenarnya.
  • KETIKA MELAMAR - Anda bkn sedang meminta kpd org tua atau wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua atau wali si gadis berkenaan.
  • KETIKA AKAD NIKAH - Anda berdua bkn bernikah di hadapan penghulu tetapi bernikah di hadapan Allah.
  • KETIKA JAMUAN PERNIKAHAN - Hitung semua tetamu mendoakan anda krn anda harus berfikir utk mengundang mereka semua dan meminta maaf bila anda berfikir utk bercerai krn mensia-siakan doa mereka.
  • KETIKA MALAM PERTAMA - Bersyukur dan bersabar. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukannya sepasang malaikat.
  • SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA - Sedarilah bahawa jaaln yg akan dilalui tak akan melalui jln bertabur bunga tetapi semak belukar yg penuh dgn onak dan duri..
  • KETIKA RUMAHTANGGA GOYANG - Jangan saling lepas tangan sebaliknya semakin erat berpegangan demi keutuhan yg didambakan.
  • KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK - Cintailah isteri atau suami 100 peratus...
  • KETIKA DAH ADA ANAK - Jangan bahagikan cinta kpd suami atau isteri dan anak tetapi cintailah isteri atau suami 100 peratus dan cintailah anak-anak 100 peratus.
  • KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM - Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dgn tingkatkan ketaatan suami dan isteri.
  • KETIKA EKONOMI BERKEMBANG - Jgn lupa jaga pasangan hidup yg setia mendampingi kita semasa menderita .
  • KETIKA ANDA ADALAH SUAMI - Boleh bermanja-manja kpd isteri tetapi jgn lupa tanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.
  • KETIKA ANDA ADALAH ISTERI - Tetaplah berjalan dgn gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil dalam menyelesaikan semua pekerjaan dan tanggungjawab.
  • KETIKA MENDIDIK ANAK - Jgn pernah berfikir bahawa orang tua yg baik adalah orang tua yg tak pernah marah kpd anak krn orang tua yg terbaik adalah org tua yg penuh kejujuran dalam mendidik anak2.
  • KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONI - Gunakan formula tujuh 'k', iaitu, ketakwaan, kasih sayang, kesetiaan, komunikasi, keterbukaan, kejujuran dan kesabaran.


** ..KASIH SAYANG ANTARA PASANGAN TAK AKAN TERHENTI SELEPAS MENDIRIKAN MAHLIGAI SEBALIKNYA TERUS DIPUPUK HINGGA KE HUJUNG NYAWA...**


Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin