Rabu, Februari 24

HILANGKAN RASA SUNYI......














Bila bersendirian hati sering dilanda rasa sunyi dan sayu, bahkan tak keruan jadinya.
Mungkin rasa sepi menghantui diri bila terkenangkan seseorang yg pernah bertakhta di hati.

Ada saatnya kita perlu mengasingkan diri drpd sebarang gangguan dan ingin mencari ketenangan bila hati digugat dek perkara yg meruntun perasaan, menggetarkan jiwa bahkan membuakkan rasa cemburu dlm dada.

Khas utk kekasih, suami atau isteri yg baru ditinggalkan atau yg masih membujang, kesepian itu sering mengundang perasaan yg bukan2.


Puas melakukan sesuatu yg diharap mampu melupakan hal yg menyakitkan, pedih yg masih bersisa di ulu hati dan 1001 gelodak di jiwa ada kalanya membuatkan diri hilang fokus dlm pelbagai perkara..

Andai ada yg masih sukar utk menepis rasa sepi yg bersarang di jiwa, cuba kaji diri utk melakukan perkara brkt:....

  1. Maha Pencipta > Kembalilah kepada Pencipta.
    Mohonlah petunjuk drpd-Nya supaya perkara lalu tu dpt mematangkan diri. Kita juga lbh berhati2 dlm menjalani hidup ini dgn lbh tabah dan kuat. Ingatlah setiap kejadian yg Allah ciptakan mesti bersebab dan jadikan ia sbg kayu pengukur keimanan kita terhadapNya.
2. Perbaiki Diri
Jangan sesekali kita berubah krn ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih, tapi apa yg wajar dilakukan adalah memperbaiki diri drpd pelbagai aspek misalnya kerjaya dan kewangan serta bina keyakinan diri yg mantap demi masa depan kita yg lbh stabil.
Ketahuilah bahawa anda sudah takluki semua perkara yg dinyatakan dgn keadaan yg baik, di situ juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai teman wanita atau lelaki yg suka mengambil kesempatan ke atas diri anda... AWASSSS!!!!!

3. Bercuti
Masa berpasangan, percutian biasanya perkara yg agak merumitkan. Utk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yg perlu diambil kira spt cuti, pakaian,pasangan, perbelanjaan dan destinasi.
Semua ni harus menepati citarasa anda, pasangan dan anak. Lazimnya, hanya beberapa hari je yg sesuai utk anda berdua atau anak. Namun ketahuilah, bila anda berseorangan, bla-bila masa je anda boleh pergi bercuti tanpa perlu merujuk sesiapa.

4. Jumpa Kawan
Seperti kebanyakan lelaki atau wanita, bila bercinta mereka akan meninggalkan kawan rapat. Bukan lupa, tapi tak cukup masa sebenarnya. Sekarang waktu paling sesuai utk anda ambil kesempatan atau peluang ni menggamit kembali saat bebas ketika bersama mereka.
Sudah pasti anda tak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan mesra drpd mereka krn dah lama tak bersua muka dgn anda... Nape , tak percaya..??? Cubalah!!!

5. Bersenam
Masa bercinta, tgk wayang, beli-belah, jalan2, minum dan makan malam... itu antara sebahagian besar yg memenuhi diari kehidupan anda lalu.
Namun, ketahuilah perkara yg lepas mungkin tak akan sama dgn perkara yg sedang anda alami ketika ni.
Apa kat anda lakukan senaman..??? Ketahuilah , ini masanya anda boleh membuang toksid dan lemak yg sudah lama terkumpul dalam badan.
Aktiviti riadah juga memungkinkan anda berpeluang menemui wanita atau lelaki yg lbh baik dari yg sebelum ini.

6. Bermesra Bersama Keluarga
Hubungan dgn keluarga biasanya tak seerat dulu lbh2 lg bila kita dah berumahtangga atau bersama kekasih.
Keluarga pula mula jatuh ke ranking nombor dua, manakala, pasangan akan lebih diberi keutamaan. Ketahuilah.... masa yg anda miliki ni elok digunakan sepenuhnya utk mengeratkan hubungan anda dan keluarga.

7. Terokai Dunia Baru
Elak drpd melakukan aktiviti yg tak membuka minda. Sebaliknya, terokai dunia baru yg lbh mendamaikan dan lbh bermakna.

8. Sukarela
Untuk mengurangkan rasa bosan, kunjungi rumah anak yatim, orang tua atau pusat pemulihan utk melakukan kerja sukarela.
Tempat sebegini biasanya mampu membuka dimensi baru dalam pemikiran. Malah anda akan sedar, masalah anda sebenarnya jauh lbh kecil drpd masalah mereka.

9. Pandang Ke Hadapan
Buang segala memori bersama bekas pasangan anda jauh-jauh drpd fikiran anda. Berikan perhatian pd apa yg akan berlaku kemudian hari misalnya bersama bakal pasangan yg baru. Capai angan2 dgn usaha yg gigih bersama keyakinan diri yg tinggi.

LIHAT KE DEPAN.....BUANG SEGALA MEMORI BERSAMA EX-PASANGAN JAUH-JAUH. TEROKA DUNIA BARU YG LEBIH BERMAKNA....




2 ulasan:

cdsite berkata...

Tak perlu rasa keseorangan. Sentiasa Dia ada bersama.....

sue berkata...

yezza... betul tu... he he

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin