Sabtu, Jun 13

DUGAAN OH DUGAAN....

Pada hari yang indah ini, saya ingin berkongsi tips-tips untuk menenangkan jiwa tatkala diri dihujani dugaan dari Ilahi.
Host unlimited photos at slide.com for FREE!
DIKECEWAKAN??...
Ya, memang satu dugaan yang teramat pedih untuk dilalui.Namun apakan daya, ketentuan dari Ilahi perlu ditempuhi..Walaupun sesukar mana,atau sepahit mana sekalipun,kita perlu tabah dan berusaha untuk menempuhinya...
Ekspresi cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seseorang yang sentiasa berdiri di belakang di kala semangat hidup semakin patah.
Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalananyang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan.
Namun, apabila 5 perkataan itu,iaitu semakin semakin pudar dek banyak halangan dan onak, anda terpaksa melupakannya.Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu ditempuhi.
Mula-mula memang agak sukar utk menerima kenyataan menempuh kekecewaan,tetapi lama-kelamaan ia pasti boleh dihadapi.
Tidak dinafikan hidup ini sunyi tanpa cinta, tetapi harus diingat, semua itu datangnya dari Dia.
Takdir mengatasi segalanya.Namun, kekuatan diri harus dibina agar kita mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta seterusnya, yg lebih teguh sehingga bahagia selamanya.
Cuba anda lakukan perkara-perkara berikut:

  • Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

  • Buang Sikap risau

  • Belajar Bersyukur

  • Belajar Jadi Pemaaf

  • Ketawa, Ketawa Dan Terus Ketawa (jgn buat-buat)

  • Ubah Fikiran

  • Hati Mesti 'Keras' (kesabaran tinggi,menerima dgn hati terbuka)
Sebelum tidur,tetapkan minda utk jadi ceria pd keesokan harinya.Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yg baru untuk anda.
Tekadkan diri utk menjadikan hari yg baru itu hari yang baik,terbaik serta sebaik yg mungkin drpd hari yg sebelumnya..
"Rahsianya, carilah sinar mentari di sebalik mendungnya awan."
Moga berjumpa lagi di post yang akan datang...bYe

4 ulasan:

Kakak berkata...

Salam Su,
Terima kasih berkongsi tips ni. Insya Allah dapat dimanfaatkan.

sue berkata...

waalaikmslm kakak... thanks sudi singgah kt blog sue yg x seberapa ni..sama2 lah kita manfaatkannya...

Joe berkata...

berpengalaman erk... bagus2 tips neh

Sue berkata...

biasalah joe....he he

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin